السلام عليكم
Cuti sekolah bari-baru ni saya dan keluarga pulang bercuti di Dungun, Terengganu 😀. Perjalanan balik kampung melalui jalan Grik, Perak, Jeli, Kelantan dan terus ke Dungun, Terengganu. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 10 jam campur berhenti sekejap makan dan solat di R&R Jeli. Semuanya berjalan lancar dan cuaca pun sangat baik, kadang-kadang hujan renyai. Biasalah dah musim dia.😉
Kemudian semasa nak balik semua ke Sungai Petani, hujan lebat sangat sepanjang jalan. Bertolak dari rumah ayah kat Dungun hujan dah lebat, masuk highway LPT2 pun hujan sangat lebat, hanya nampak beberapa meter ke depan sahaja. 💦💦💦
Keluar dari haighway LPT2 hujan masih sangat lebat sepanjang, kereta terpaksa diperlahan dan kami juga turut terkandas dek kerana jalan terpaksa ditutup sebab air bukit melintas menyebabkan jalan tenggelam di kawasan Kampung Anak Ikan, Tok Dor, Terengganu. Kami terpaksa hentikan perjalanan dan menunggu air surut hampir 4 jam lamanya. Kemudian, bila air dah reda sedikit di atas jalan maka kami teruskan perjalanan dan sampai dekat Jeli dah jam 9.30 malam.😴😴
Rasa takdak kekuatan pulak nak drive kat bukit Grik malam-malam dengan keadaan masih hujan. Keadaan yang gelap menghadkan pandangan dan tentu jalan agak licin. Maka kami ambil keputusan bermalam kat Hotel Jeli-Inn. 😯😯
0 Comments