10.1 Sejarah Lagu Kebangsaan Malaysia
- Lagu kebangsaan ialah lambang kedaulatan dan perpaduan masyarakat di negara kita.
- Lagu ini digubah sempena untuk menyambut hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
- Lagu "God Save The Queen" (lagu kebangsaan British) dinyanyikan oleh rakyat sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.
- Pada tahun 1957, satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan telah diadakan.
- sebanyak 514 penyertaan telah diterima.
- Akhirnya Lagu "Terang Bulan" iaitu lagu negeri perak dipilih sebagai lagu kebangsaan negara kita.
- Jawatankuasa Pemilihan yang diketuai oleh Tunku Abdul rahman Putra Al-Haj telah mengambil beberapa baris sajak yang dihantar oleh orang ramai untuk dijadikan sebagai lirik lagu Negaraku.
10.2 Negaraku Lagu kebangsaan Malaysia
- Negaraku ialah lagu kebangsaan negara kita.
- Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan menjiwai maksud lirik lagu kebangsaan
- Apabila kita memahami dan menghayati maksud lirik lagu kebangsaan , kita dapat memupuk perasaan sayang dan cintakan negara.
10.3 Menghayati Maksud lagu kebangsaan
- Lagu Negaraku perlu dinyanyikan dengan etika yang betul iaitu kita hendaklah diri tegak ketika menyanyikan lagi Negaraku.
- Ini adalah sebagai tanda kita menghormati lagu kebangsaan negara.
- Lagu kebangsaan dinyanyikan secara beramai-ramai dan hal ini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme rakyat.
10.4 Atika Nyanyian Lagu kebangsaan
- Kedudukan fizikal semasa nyanyian Lagu Kebangsaan
- Suara dan penghayatan semasa nyanyian Lagu Kebangsaan
- Bagi murid yang datang lewat ke sekolah
- Bagi orang kurang upaya (OKU) (Sumber : Buku Teks Sejarah tahun 5, Kementerian Pendidikan Malaysia)
10.5 lagu Negaraku Membentuk Jati diri
- Melahirkan warganegara yang taat setia kepada raja dan negara.
- Melahirkan warganegara yang berusaha memajukan diri dan bercita-cita tinggi untuk berjaya.
- Kemupuk rasa cinta akan negara, berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia.
- Memupuk perpaduan dan menghirmati kepelbagaian kaum, agama serta budaya yang wujud di Malaysia.
0 Comments