Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

RESIPI ASAM PEDAS IKAN MERAH

 


Bahan-bahan:

2 keping ikan Merah,
4 sudu cili giling,
1/2 cawan minyak masak - untuk menumis bahan kisar
1 sudu makan asam jawa - ambil airnya sahaja
1 kuntum bunga kantan - belah empat
1 ikat daun kesum - ambil daunnya sahaja
2 batang serai - diketuk
2 mangkuk air - ikut kesesuaian
3 biji bendi
1 biji tomato - belah empat
5 biji cili padi - hijau

Bahan kisar:

2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup atau boleh guna 1/2 sudu makan kunyit serbuk
sedikit belacan bajar - jika nak bubuh, kalau taknak pun tak apa

cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan cili giling sehingga naik bau, agak garing kekuningan. Orang tua-tua cakap tumis sampai pecah minyak.

2. Kemudian, masukkan air secukupnya. Biasanya saya sukat guna mangkuk.

3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biarkan mendidih dengan api sederhana.

4. Setelah mendidih, masukkan ikan, bunga kantan, daun kesum dan cili padi hijau.

5. Bila dah nampak ikan dah masak, masukkan bendi dan tomato. 

6. Biarkan mendidih sekejap lagi. Kemudian tutup api.


Selain menggunakan ikan merah, saya biasa juga masak asam pedas menggunakan ikan kembung, siakap, jenahak, mayong, baung dan pari. Semuanya sedap bila cukup bahan dan rasa.

Kecairan kuahnya pulak, bergantung kepada citarasa masing-masing. Sebabnya ada yang suka kuah pekat, ada yang suka kuah cair sikit. Jadi kecairan kuah bergantung kepada air yang kita masukkan.

Selamat mencuba.
💚💛💜





Post a Comment

2 Comments