Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

Happy Chinese New Year| Selamat Tahun Baru Cina 2023

Hai semua,

Kesempatan ini Cikgu Nor ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakyat Malaysia yang meraikannya iaitu kaum Thionghua dan khususnya buat semua kenalan, rakan taulan dan anak-anak didik walau di mana sahaja anda berada. 

Xin Nian Kuai Le!😍

Tahukah anda,Tahun Baru Cina 2023 jatuh pada 22 Januari 2023 dan hari Ahad. Perayaan Tahun Baru Cina adalah perayaan terbesar Dalam masyarakat Cina di dunia. Tahun ini adalah tahun Arnab, yang menjadi salah satu dari 12 binatang dalam kitaran zodiak kalendar Cina.

Sambutan perayaan Tahun Baru Cina boleh menjadi salah satu simbol perpaduan dalam masyarakat kerana ia turut disambut bukan hanya masyarakat Cina malah seluruh masyarakat di Malaysia. Berapa utuhnya ukhwah ini dan harus dipelihara supaya perpaduan ini terus kekal turun temurun Di negara kita.

Menuntut kepercayaan masyarakat Cina, tahun Arnab merujuk kepada mereka yang percaya kepada kesucian cinta. Mereka Yang lahir pada tahun Arnab juga mempunyai tutur Kata Yang lembut Dan boleh menjadi teman sehari. Zahirnya nampak bagus, begitulah juga dalam hatinya.

Berikut merupakan ciri-ciri personaliti mereka mengikut kefahaman zodiak Cina ini:

 

Tikus 

Positif: bijak, licik dan optimistik

Negatif: kasar, kejam atau gugup.


Lembu 

Positif: jujur, setia dan rajin.

Negatif: soleh, degil dan menilai.

 

Harimau 

Positif: baik dan bersemangat.

Negatif: agresif, cepat marah dan cemas.

 

Arnab 

Positif: pandai, penyayang dan pemurah.

Negatif: kebaikan boleh dilihat sebagai kelemahan dan terlalu berhati-hati.

 

Naga 

Positif: pemimpin yang berani, berkarisma dan semula jadi.

Negatif: tidak fleksibel, degil.

 

Ular 

Positif: bijak, bersimpati dan intuitif.

Negatif: cemburu, sia-sia dan materialistik.

 

Kuda 

Positif: kejujuran dan berbakat dalam mengejar impian mereka.

Negatif: terlalu yakin, tidak sabar dan pemarah.

 

Kambing 

Positif: tabah, kuat dan penyayang.

Negatif: tidak pasti, cemas dan tidak teratur.

 

Monyet 

Positif: menawan, bijak dan yakin.

Negatif: tidak sabar, sombong dan mementingkan diri sendiri.

 

Ayam jantan 

Positif: tegas, berkebolehan dan jujur.

Negatif: tidak sensitif, mengawal dan mengkritik orang lain.

 

Anjing 

Positif: setia, berani dan bertanggungjawab.

Negatif: sensitif, degil dan sinis.

 

Khinzir 

Positif: bijak, kreatif dan penyayang.

Negatif: mudah tertipu, tidak selamat dan emosi.

 

Makanan tradisional yang sentiasa makan pada hari pertama adalah kuih bakul. Kuih bakul dipercayai membawa tuah dan membawa maksud  "makin tahun makin tinggi". 

Semoga tahun baru membawa kebahagiaan baru, tujuan baru, pencapaian baru dan banyak inspirasi baru dalam hidupan semua.


❤❤❤

Post a Comment

6 Comments