Cikgu Norr
Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr Cikgu Norr

PERIBAHASA "ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA ORANG MEMBERI KITA MERASA"

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa "Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" ?

    Peribahasa ini membawa maksud kita perlu berterima kasih di atas kebaikan yang diberikan oleh orang lain terhadap diri kita. Segala pertolongan yang diberikan perlulah kita hargai dan kita syukuri dengan penuh rasa rendah hati.


    Kita hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa, agama, kepercayaan dan budaya. Amalan nilai murni yang baik seperti menghagai jasa dan pertolongan orang lain akan turut mewujudkan suatu hubungan yang baik sesama kita.

    Anak-anak perlu dididik untuk sentiasa mengenang jasa dan pemberian orang lain agar mereka tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit. Nilai ini perlu disemat dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi agar ia menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan apabila menginjak dewasa kelak. Kita tidak mahu anak-anak kita menjadi seorang yang sombong dan bongkak sehingga melupakan kebaikan yang lain terhadap dirinya.

    Banyak cara yang kita boleh lakukan untuk membalas budi orang lain terhadap kita. Antaranya seperti sentiasa bertanya khabar dan mengambil berat tentang orang yang selalu membantu kita. Kita segera memberi bantuan sekiranya mereka berada dalam kesusahan dan tidak berkira serta mengharapkan balasan atas petolongan yang diberikan.

Post a Comment

0 Comments