Dua sebab mengapa kita perlu mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian.
1. Untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
2. Untuk memastikan negara aman dan harmoni.
Amalan lima prinsip Rukun Negara sangat penting dalam kehidupan kita kerana prinsip Rukun Negara akan menjadi panduan hidup kita sebagai rakyat Malaysia. Apabila semua rakyat mengamalkan prinsip Rukun Negara, negara kita boleh kekal aman dan harmoni. Jom kita tengok satu-satu:
1. Kepercayaan kepada Tuhan
Apabila rakyat percaya kepada Tuhan, mereka akan menjadi lebih baik, jujur, amanah dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Ini mengurangkan pergaduhan dan perbalahan. Selain itu, kepercayaan kepada tuhan akan menjadikan kita orang yang tidak melakukan perkara yang buruk.
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Rakyat yang setia kepada Raja dan negara akan rasa cinta kepada tanah air. Mereka akan elakkan sebarang perbuatan yang boleh mengganggu keamanan, contohnya buat rusuhan atau pergaduhan antara kaum.
3. Keluhuran Perlembagaan
Apabila rakyat menghormati perlembagaan negara, undang-undang dipatuhi. Ini penting sebab undang-undang adalah asas keamanan. Tanpa perlembagaan, semua orang akan buat ikut suka hati sahaja.
4. Kedaulatan Undang-undang
Dengan adanya kedaulatan undang-undang, semua orang, tak kira miskin atau kaya, perlu patuh kepada undang-undang. Ini memastikan keadilan ditegakkan dan tidak ada yang bertindak sesuka hati.
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Bila rakyat mengamalkan adab dan kesopanan, kita lebih mudah berbaik-baik dengan semua orang, walaupun berbeza agama dan bangsa. Ini elakkan salah faham dan pergaduhan.
Salah satu cara mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan harian ialah dengan menghormati agama dan budaya orang lain. Sebagai contoh, kita tidak menghina atau memperkecilkan kepercayaan orang lain. Ini menunjukkan kita mengamalkan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan. Selain itu, kita boleh mengamalkan prinsip Kedaulatan Undang-Undang dengan mematuhi undang-undang seperti membuang sampah di tempat yang betul, mematuhi peraturan jalan raya, dan menjaga kebersihan kawasan awam. Tindakan ini menunjukkan kita bertanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Dua contoh cara kita boleh mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian.
1. Menghormati agama dan kepercayaan orang lain.
2. Mematuhi undang-undang seperti tidak membuang sampah merata-rata.
0 Comments